Want your
own Fotopage?

























 
Eryne Jasmine's FotoPage

By: Eryne Jasmine

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Aug-2007 23:46 Email | Share | Bookmark
Blueberry cheese tart

 
 
Hmmm... lame tak update fp, aritu nak update tak boleh... lepas dah boleh update eryne kene anto training kat lua pulak... 2 ari lak tu, and 2 ari tu jugak la eryne tak masak... first day goreng telur pastu makan dgn roti, then semalam beli jer kat luar... malas nak masak...
anyway, this Sunday my family is going to do kenduri tahlil and kenduri utk sambut ramadhan tak lame lagik... kebetulan this sunday is also my birthday, so, eryne cakap dgn mama tumpang sekaki la... buat doa selamat utk eryne sekali... ala... panggil org bace yassin & doa kat umah jer... takderla nak potong kek and nyanyi2.. dah tua la rasenye... tak sesuai potong2 kek tu semua... tapi i'll bake a cake... dah aim satu resepi dari kak rinn punye fp... esok mesti kene buat...
Kak rinn... bolehkan eryne gune resepi kak rinn tu utk buat birthday cake eryne?....
oklah... anyway... today i'm going to share a resepi yg eryne cube buat ari ahad lepas... dapat dari kak rinn punye fp... here it goes...




BLUEBERRY CHEESE TART Makes 12

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan gula hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.


The results... fantastic... memang sedap.... semue orang kat umah suke... sebenarnye filling cheese tu ade lagik, so maybe esok nak wat lagi la... thanks kak rinn for sharing the recipe with us... marbelles....

Yummy yummy cheese tarts!
p/s : Eryne dah check pm tak? I think dah boleh. Mama a bit busy at the moment. Tapi cuba Eryne refer kat this page http://arif41man.fotopages.com/?entry=1196753 untuk membesarkan gambar tu ye
Fri 17-Aug-2007 00:39
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Terimakasih bebanyak kerana sudi mencuba cheese tart tu.
Anytime Eryne boleh ambik mana2 resipi dari fp kakrinn. Memang utk dikongsi
bersama-sama pun.
Happy Belated Birthday Buat Eryne ya. Maaf lah, kakrinn lambat menjenguk tapi
didoakan segala yg terbaik buat Eryne.
Re : Masalah dalam pembuatan kek ni ada bermacam2 Eryne. Kakrinn pun tak pasti
kenapa kek Eryne boleh berkawah. Mungkin Eryne boleh check beberapa perkara
penting :
1. Oven dah dipanaskan terlebih dahulu lebihkurang 20 minit sebelum Memasukkan
kek.
2. Jangan dibuka pintu oven ketika membakar kek terutamanya pada 20minit yang pertama.
3. Mungkin loyang kek kecil dan bancuhan adunan kek agak tinggi di dalam loyang
tersebut.
Mungkin ada perkara2 lain tapi kakrinn tak berapa pasti.
Thu 23-Aug-2007 17:19
Posted by:rinnchan  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.