Eryne Jasmine's FotoPage

By: Eryne Jasmine

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Oct-2007 12:45 Email | Share | Bookmark
Cornflakes Crunchies

 
 
Assalamualaikum... hari nie nak update kuih-muih yg eryne sempat buat sepanjang ari sabtu & ahad (semalam)... utk 2 hari tu dpt buat 4 jenis kuih, ari sabtu buat sensorang, then semalam (ahad) my mom rajin pulak nak menolong... so, dpt la buat cepat sket...
Anyway.... cornflakes crunhies recipe got it from kak Rossya's FP... but i did some alteration to suit to my taste... thanks kak rosyya for sharing the recipe with us...




CORNFLAKES CRUNCHIES

Bahan-bahan:
105g mentega
1/2 cawan gula castor
1 butir kuning telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil vanilla essence
3/4 cawan kismis
Cornflakes secukupnya

Ape Eryne ubah & tambah:
1. Gantikan kismis dgn 1/2 cwn choclate chips.
2. Tambahkan 3/4 cawan kacang tanah yg dah digoreng & blend kasar.
3. Eryne hias dgn colorful choc. rice

Cara membuat:
Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan. Masukkan kuning telur, vanilla essence dan pukul perlahan2. Ayak kedua tepung dan campurkan keadunan telur. Kemudian baru masukkan choc. chips, kacang tanah dan cornflakes. Masukkan kedalam mangkuk-mangkuk kertas dan dihias dengan ceri. Bakar selama 15-20 minit (bergantung pd jenis oven, kalu oven eryne kene bakar dlm 25min) dalam ketuhar 160C atau sehingga keperang-perangan.

Nota : Adunan ini akan kelihatan berderai.. tetapi ia akan bercantum sesudah ia masak nanti. Letak cornflakes berlebihan sedikit. Lebih rangup lebih enak
.

Eryne quote:

1. MamaFaMi >> hehehe.... nie belum abis lagi buat tau... mlm nie nak buat satu lagi kuih... bukan kate penuh atas meja lagi ma, mau melimpah dari meja gamaknye nie... tu ler kalu vitamin R dah datang, payah gak nak stop nih...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net